Satu Permulaan

February 9th, 2010

Bismillah..

“Fuhhh,fuhhh’..bunyi membersihkan sarang labah-labah yang hinggap di blog ini..sudah terlalu lama blog ini tidak ‘dibersih’kan..Kenapa malam ini tergerak untuk memulakan langkah pembersihan sawang di blog ini?Sebenarnya sewaktu blog-walking, ana terjumpa satu blog tulisan seorang Dr pelatih (houseman) yang sedang menjalani housemanship di Hospital Kuala Lumpur..dalam kesibukan dia menjalani rutin seharian di hospital paling sibuk di Malaysia, Dr ini masih sempat menulis beberapa entry di blognya menceritakan pengalamannya, berkongsi apa yang  perlu dengan niat untuk membantu bakal Dr pelatih diluar sana, adik-adik pelajar perubatan dan orang awam mengenal lebih dekat realiti kerja seorang Dr ini..

Ana bertanya kembali kepada diri ana,  Apa tujuan utama blog ini dilahirkan satu waktu dulu? Kenapa ana memilih SYIFA sebagai nama? Adakah blog ini akan mati sebaik sahaja ana mendapat segulung ijazah Profesi Dokter @ MD dan adakah blog ini akan terus terkubur setelah ana memulakan housemanship nanti?

Jawapannya : Blog ini dilahirkan untuk meluahkan rasa hati, berkongsi cerita sekitar kehidupan ana selama 5 tahun di Makkasar terutamanya pengalaman sewaktu clinical year yang tidak dapat dijual beli..SYIFA dipilih sesuai dengan ertinya “PENAWAR” kerana ana berharap tulisan ini dapat menjadi “PENAWAR” bagi mendidik jiwa-jiwa hamba agar lebih dekat dengan penciptaNya..dan jawapan bagi dua persoalan terakhir, ana tidak sanggup menguburkan blog ini kerana ana masih berhasrat untuk menulis dan terus menulis ( walaupun mood dan feel selalunya sudah nak dapat )..  

 Oleh kerana itu, bagi pembaca yang tertunggu-tunggu update dari SYIFA ( still ade ke reader ni? )..terimalah sambungan  SHARING MOMENT (clinical) khas untuk anda semua ^_^

SHARING MOMENT kali ini diteruskan dengan perkongsian pengalaman selama ana di Medical ( Internal )..Department kedua setelah Dermatology and Venerology ( Kulit )..Posting selama 12 minggu di tiga hospital yang berbeza..sewaktu ana dan sahabat-sahabat di Medical, kami menjadi “trial student” dengan sistem clinical di Medical yang baru. Sebagai ‘mangsa’ sistem baru ini, pengalaman yang kami lalui berbeza dengan sahabat-sahabat yang menjalani posting ini secara regular. Secara teorinya, sistem baru yang disusun ini sangat bagus  TETAPI sistem ini sangat sukar untuk direalisasikan kerana beberapa halangan dan akhirnya sistem ini terpaksa dihentikan. Walaupun terpaksa keluar seawal 630 pagi menaiki pete-pete ( public transport) untuk follow-up pesakit di sebuah hospital yang berjarak 45 menit dan sebelum pukul 8 harus ‘berlari’ semula ke sebuah hospital yang  berjarak 45 menit juga untuk menjalani posting disana, masih terdapat mutiara-mutiara berharga sepanjang posting ini. Walaupun setiap minggu terpaksa menjalani ujian sub division dan ada ujian yang tertangguh selama hampir satu tahun kerana supervisor tidak berkelapangan, masih terdapat kenangan yang terukir sepanjang posting ini.

Hari pertama posting ana masih ‘blurrr’..Medical satu department yang sibuk, pesakit keluar masuk di Emergency room tanpa henti. Ana perlu beradaptasi lebih cepat jika tidak mahu ketinggalan.Setiap hari setelah follow up pesakit, kami harus ke poliklinik untuk bertemu pesakit, melihat cara resident memeriksa pesakit, terapi yang diberikan, mencari pesakit untuk dijadikan case report dan berbincang bersama residen dan supervisor. Sewaktu on-call, kami akan bertugas di Emergency Room yang sentiasa sibuk 24/7 dan disinilah  pelbagai ragam dan kerenah manusia ana temui.

Seorang pesakit masuk dengan tattoo penuh di tangan dan dada, bekas suntikan jarum masih kelihatan ditangan, sangat kurus dan ditemani seorang ibu tua..setelah anamnesa ( history taking ), kami menyarankan agar diperiksa darah untuk ruled out HIV dan setelah diperiksa, pemuda itu positif HIV. Apa yang terkesan di hati ana adalah, kasihnya seorang ibu kepada anaknya.Walaupun seharusnya di usia senja sebegitu, dia yang disantuni oleh anaknya tetapi bagi ibu tua ini, dia yang bersengkang mata dan berpenat lelah menjaga anaknya yang tidak mampu diubati lagi. Betapa besarnya kasih seorang ibu kepada anak yang dikandungnya.

Ana berhadapan dengan kematian pesakit pertama sewaktu di Medical. Seorang lelaki tua yang mengalami sakit jantung. Terdapat penyumbatan pada beberapa arteri besar jantung pesakit ini. Pesakit dirawat di ICU beberapa hari dan dia semakin stabil. Kerana pesakit semakin stabil, dia dibenarkan menjalani angiografi ( pemeriksaan pembuluh darah yang tersumbat menggunakan kontras )  untuk mencari pembuluh darah yang tersumbat untuk dipasang stent ( cincin ). Namun pada petang itu, kondisi pesakit mula menurun dan akhirnya pergi menemui penciptaNya sebelum stent sempat dipasang. Ana menyaksikan resident bertungkus lumus melakukan CPR dan DC, namun tiada siapa yang mampu menghalang apa yang telah ditetapkan sejak azali.

Medical sudah ana tinggalkan hampir 2 tahun yang lalu.Coretan yang dicatatkan disini merupakan cerita-cerita kehidupan yang masih berbekas di hati ana. Medical banyak mengajar ana bagaimana menjadi Doktor sekaligus insan. Posting di Medical membuatkan ana belajar untuk memandang segala sesuatu dari sisi positif walaupun pada kenyataannya hanya sisi negatif terserlah. Medical mengajar ana untuk berbaik dan hormat dengan insan lain kerana dengan cara itu barulah kita akan diingati dan dihormati. Apa yang paling penting, Medical menginsaf ana kerana dari Medical ini ana sedar bahawa, walaupun kita Doktor dikurniakan Allah dengan ilmu dan kebolehan mengubati pesakit, kita masih tidak mampu mengatasi kuasaNya, hanya Dia yang memberikan SYIFA kepada hambaNya, kita hanyalah pengantaranya..Jadi,jangan pernah sesekali kita berasa sombong dengan ‘ujian’ Allah kepada kita ini..

Panjang pulak bila sesekali mood dan feel ini datang menjengah..InsyaAllah sekiranya berkesempatan, SHARING MOMENT akan tetap diteruskan, kali ini mungkin cerita-cerita dari hospital tempat ana menjalani housemanship pula..

—————————————————————————————————————-

Syukran kerana membaca. Tulisan menjadi semakin skema kan? ^_^

Waiting for induction..after that im offically Houseman Officer..which hospital?dont know yet..May Allah ease my way,ameen..




2 Responses to “Satu Permulaan”

  1.   16 Psr Seri Ampang on February 9, 2010 4:46 pm

    Salam,

    At last.Kesian gak sapa yg selalu konjungi ke blog ni. Hanya yang tak serik akan datang melawat. Kerana terlalu lama tidak di update, mungkin mereka yang dah serik tak datang ziarah. Mungkin hanya melihat face book aje.

    Teruskan, bisa di kompilasikan.

    Itulah kehidupan. Usia, nyawa, rezeki, jodoh dll… semuanya ketentuan Illahi. Kita hanya merupakan pelakon2 di pentas dunia mengikut ketetapan dan ketentuan Illahi yang Maha Agung. Apa yang pastinya satu masa/ketika kita akan dipanggil kembali. Tak cepat sesaat dan tak lambat sesaat. Cumanya dalam kehidupan ini kita sering lalai dek kesibukan dunia yang tak kunjung habis. Bila noktah akhirnya? Ya noktah henti sibuknya bila kita dijemput mengadap Illahi. Habis sibuk di dunia dan akan lebih sibuk lagi di alam barzakh sana kalu persiapan kita seciput aje. Sebab tu kita perlu bagi masa, untuk take a break – lihat dan analisa di mana kita di sisi Illahi.

    Panjang lak coloteh pagi ni. Nanti nak sambung di blog ayah pulak lah. Mood menulis sentiasa ada, cuma kekangan masa.

    Teruskan menulis sebagai tinggalan yg berharga.

    Cheers
    Ayh
    7.30am.
    Rabu

  2. Avatar Image  syifa on February 14, 2010 10:12 pm

    salam, fuh lamenya tunggu baru bernyawa balik blog k long, well at least congratulations le sbb dah mula tulis balik. bye. ummi.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind

Powered by WP Hashcash