Sharing Moment

December 1st, 2009

Bismillah

SHARING MOMENT

Ramai yang menagih janji ” Bila nak start tulis Sharing Moment ni “..Sejak balik ke Malaysia ini, semangat dan feel untuk menulis bagaikan hilang dan terbang entah ke mana..di Makassar, ana selalu menulis bila tetibe terasa ade feel nak menulis tetapi bila tiba di Malaysia feel ini tak kunjung tiba dan bagaikan melarikan diri T_T

Sharing Moment ini akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman ana sewaktu clinical years selama dua tahun..Sharing Moment ini akan ditulis dalam bentuk diary kerana ana berhasrat menjadikan SM ini sebagai diary yang merakamkan liku-liku perjalanan ana bergelar koas..Catatan perjalanan yang akan menjadi satu kenangan berharga di kemudian hari.

1 Department : Dermatology and Venerology

Department pertama..ana mendaftarkan diri untuk masuk ke department ini setelah pulang berhari raya di Malaysia..waktu itu, really not in mood untuk balik Makassar T_T Kami mendaftarkan diri seramai 8 orang ( malaysian-gurls only ) dan another 13 seniors..kiranya kami berlapan yang paling junior sebab the other 13 tue semuanya department terakhir for their first year clinical..

Department ini 4 minggu..waktu dengar explanation dari Doctor yang incharge clinical student, ana dah start pening..mane tak nye, 1st day kat hospital A, 2nd day kat hospital B, 3rd day kat hospital C..dah la waktu tue still tak familiar location hospital-hospital ini T_T if im not mistaken, below ni schedule kami sepanjang 4 weeks tuh :

1 week : 1st day -  PLKN (Pusat Latihan Kusta Negara ), Jl. Pettarani. 2nd n 3rd day – RS Kusta Daya. 4th n 5th day – RS Pelamonia

2nd week : RS Labuang Baji

3rd n 4th week : RS Wahidin

First day as clinical student mmg menakutkan..nak pakai white coat tue pun rase terketar-ketar lagi..yerlah, kalau tengok memang pakai white coat ini nampak smart dan bergaya but amanah yang menanti tue sangat berat!!First day da kena buli sebab kena oncall malam tuh..oncall malam from 9 pm to 7 am..Ana sampai umah around 6pm from PLKN then terus mandi solat dan makan and siap2 utk pg hospital..memang sangat tired T_T sampai je hospital tgk bilik coas yang sepatutnya kami duduk untuk tidur dan rest , senior from 2nd year clinical ( other department ) dan concour T_T so kami ( ana dan Sakinah ) yang terpaksa merempat pulak..after checking our patient condition kami pun menumpang tidur di atas kerusi panjang di dalam bilik nurse..malam tue ana dan Sakinah tak boleh tidur sb kepanasan dan banyak nyamuk!!!

Apa yang paling tak boleh dilupakan kat department ni adalah waktu 3rd week kat RS Labuang Baji. Seorang supervisor ni, Dr R sangat-sangat garang dan suke cari kesalahan orang. Dr R ini paling tak suke Chinese, people origin from Bali dan yang paling dia tak suke sekali ialah  clinical student from Malaysia..basicly dia mmg tak suke people from out side Makassar lah..so waktu kat RS LB ni, memang teruklah kami berlapan kena marah dengan dia..setiap kali nak jumpe dia muka kena ” no expression” sebab kalau kita terketawa atau tersenyum, nahaslah!!

My first oral examination kat department ini pun dengan supervisor yang sangat garang..kiranya killer examiner la..suaranya  diibaratkan macam guruh!!!memang sangat kuat dan menakutkan..ana exam berdua dengan Mon..Exam pagi Jumaat di RS Daya..memang 1st time dengar suara dia rasa cam nak pecah je jantung ni T_T ana dan Mon memang dah terketar-ketar waktu tue..memang sangat takut..She asked us few question tapi sebab perasaan yang bercampur baur, banyak soalan yang ana dan Mon tak dapat jawab dengan baik..kami di”hadiah”kan kata-kata, ” Kamu ndak blajar!!!” ” Kamu ndak sedia untuk ujian!!” kami berdua hanya mampu tunduk waktu itu.  Dia suruh ktorg balik dan tunggu dia at 2pm kat RS Wahidin..kiranya she give us chance utk blajar lagi..so after zohor, kami berdua pun bergerak ke RSWS dan tunggu dia di sana..setelah menunggu hampir 2 jam, Dr tak datang2 T_T sewaktu menunggu kami berdua memang gunakan untuk belajar lagi..sampai da tepu rasnya otak waktu tue..setelah jam hampir menunjukkan pukul 5, kami berhasrat untuk ke kliniknya sahaja setelah meminta pandangan dari Dr residen..sewaktu di kliniknya, ujian kami diteruskan dan Alhamdulillah biiznillah we can answered most of the question given..barulah nampak senyuman terukir di wajah Dr  dan kami pun pulang dengan hati yang gembira ^_^

~ Coretan di atas adalah pengalaman diri sendiri sewaktu menjalani posting di Dermatology and Venerology..ape yang ana blaja dari posting ini adalah, jangan menyerah walaupun da di marah berkali-kali dan letakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah..bila kita letakkan pengharapan hanya pada Dia, hati ini akan sentiasa redha dengan natijah yang menimpa..

~ Next SM : Medical Department




5 Responses to “Sharing Moment”

  1.   eman ainol on December 1, 2009 7:18 pm

    :)

  2.   ayu on December 3, 2009 2:22 am

    salam..
    akhirnye, a new entry.. =)
    & menunggu entry2 yg baru..
    =)

  3.   kawan umi on December 3, 2009 6:34 pm

    tu le sebabnya teman tak jadi doktor!!! tak brape nak sabor, rajin ape tah lagi…
    anyway, congratulations!

  4.   16 Psr Seri Ampang on December 10, 2009 9:12 pm

    T_T tu ape? Susah nak faham jalan cerita kalu tak tahu T_T tu ape

    ayh

  5.   umi on December 31, 2009 6:24 am

    salam k long, entry ni dah lama tapi umi baru baca.Terukkan!Anyway i know u will never accept defeat lying down. Alhamdullah berjaya brhadapan dgn Dr R.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind

Powered by WP Hashcash