Realiti
Bismillah..
Alhamdulillah..summa Alhamdulillah..setelah segala jerih dan payah serta penat dan lelah juga air mata yang mengiringi selama 2 tahun ini..Alhamdulillah semalam,dengan izin Allah ana berjaya menyelesaikan ujian terakhir untuk clinical years..ujian terakhir yang merupakan satu permulaan baru..permulaan untuk dunia REALITI..
Teringat persoalan yang Iman ajukan semalam sewaktu menemani ana berbuka puasa..”Akak,cam mane perasaan da abis Coas nih?”..Ana terdiam sambil merenung wajahnya..”Bercampur aduk..suke sebab da abis blaja tapi TAKUT sebab housemanship dah menanti..”
Teringat juga comment Dr. Nur Jalilah,my senior yang sedang HO di HKL..”Dear,congrats,,its only a begining of a new world”..ringkas tapi sangat memberikan kesan kepada hati ini..
Dalam entry sebelum ini, my dear cousin..kak siti aka bride-to-be minta ana share erti sebenar seorang doktor sebab ramai adik2 kat luar tue yang sangat berminat untuk jadi doktor..Frankly,hati ini sangat suka dan sangat mengalu-alukan adik2 yang berminat untuk amik medic nih..disamping menyahut seruan kerajaan untuk meramaikan lagi bilangan doktor, dapat juga mengurangi beban kerja doktor yang sedia ada..
InsyaAllah Doctor-to-be ini akan cuba berkongsi pengalaman selama bergelar pre-clinal dan clinical student khas buat adik2 yang berminat untuk jadi doktor ^_^
Dulu waktu kecil2,kalau ditanya cikgu..”nak jadi apa bila besar nanti”..jawapan yang biasa jadi 1st ranking adalah : DOKTOR..dan kalau nak lebih class lagi DOKTOR PAKAR KANAK2, DOKTOR PAKAR BEDAH,DOKTOR PAKAR itu dan pakar ini..jawapan yang tulus sebab dari kacamata anak kecil jadi doktor tue boleh dapat duit banyak, pakai kereta besar, pastu boleh bergaya dengan white coat ^_^ cam sangat best je jadi doktor ini..mungkin impian tue dapat dicapai bila da jadi doktor pakar nnt tapi perjalanan untuk jadi doktor pakar sangatlah panjang..ambil masa berbelas sampai puluh tahun..
Ehm..ana tak nafikan apa yang tersemat di fikiran adik2 (walaupun bersifat material sikit ) itu betul..doktor memang boleh dapat gaji besar dan boleh bergaya dengan white coat..TETAPI dengan bersyarat..
Untuk dapat gaji besar (walaupun tak sebesar manapun sebenarnya unless dah jadi speasialist ) harus ada nilai yang dibayar..Nilai itu adalah sebuah PENGORBANAN..untuk dapat medical degree, anda harus completekan preclinical dan clinical dalam waktu 5 sampai 7 tahun..ini tergantung universiti dan curriculum dan juga diri sendiri..5 tahun tue bukan masa yang singkat..course2 lain kat universiti boleh selesai dalam 3-4 tahun..mungkin secara kasar tak jauh beza tapi realitinya sangat berbeza..buktinya???
Tym ana tgh sibuk completekn my final year,banyak kwn2 yg amik course lain dah settle down..da kawen, da beli rumah, da ade kereta dan even da ada anak..sedangkan most of medical student until umur 24-25 years old masih bergantung dengan scholar,loan or parents..
Nature kerja doktor ni tak seindah yang dibayangkan..based on my clinical years experience, kita akan masuk duty at 730am till 2 or 4 pm (based on departement ) then if kita oncall,ada 2 shift..day n night..day shift start at 2 or 4pm till 9 pm and night shift start at 9pm till 7am..then kita kena continue dengan duty 730am till 2 or 4 pm..in one week tue oncall boleh jadi sampai 7 kali..so bayangkan lah..tym oncall tue kalo dapat departemnt yang kurang busy mmg boleh rest tapi kalo department yg 24hours busy, mmg tak duduk dan tak tidurlah semalaman..itu sistem clinical kat my uni..ini belum story lagi sistem HO yang lebih berat..kalu HO oncall takde day n night shift..klo oncall mmg sepanjang harilah oncall..( cerita HO tak berapa tahu lagi sb belum lalui )..lagi satu,tym orang cuti kita tak semestinya cuti..contohnya waktu hari raya..tapi orang lain bergembira dan berkumpul bersama keluarga, kita masih sibuk kat hospital..masa harus dikorbankan demi tugas dan tanggung jawab..
White coat itu bukan satu kebanggaan tapi satu amanah..bila dah jadi clinical student baru terasa beratnya amanah pakai white coat tu..apatah lagi bila dah jadi doktor nnt..white coat tue merupakan symbol yang kita ni dah capable untuk diagnose and treat patient..suatu tugas yang sebenarnya sangat sukar..kita bukan boleh diagnose dan treat patient secara sekelip mata tapi memerlukan suatu proses pembelajaran yang berterusan..bayangkan dengan white coat yang tersarung di badan, kita dihadapkan dengan patient yang berlumuran darah serta tidak sedarkan diri tetapi kita masih terpaku tak tau nk buat ape!!!sedangkan patient tue harus dibantu..kerana itu, white coat ni walaupun cantik dipandang tetapi membawa satu AMANAH yang tak ternilai..
Untuk jadi serang doktor yang baik,kita kena willing untuk blaja seumur hidup kerana medical knowledge ni sentiasa berubah..ubat yang relevant this year boleh jadi dah tak boleh guna untuk 3 thn akan datang after clinical trial and research..CPR 2000 dah tak relevan hari ni lepas keluar manual CPR 2005 dari AHA..itu contoh yang menunjukkan medical knowledge ni sentiasa berubah..
Entry ni bukan bertujuan nak takutkan atau nak halang niat adik2 atau sesiapa saja yang nk jadi doktor..tak sama sekali..cuma,sekadar memberikan adik2 ruang untuk berfikir sekali lagi sebelum memilih bidang perubatan..
Nak jadi doktor tak perlu briliant atau sangat pandai..cukup sekadar ada semangat blaja dan mau terus blaja..persepsi yang salah lahir di masyarakat kita yang mana nk jadi doktor harus dapat 4.o or straight A..betul itu satu keperluan tapi harus disertai dengan kehendak hati dan keikhlasan diri..ilmu perubatan sangat menarik!!ilmu yang mendekatkan kita dengan Pencipta serta ilmu yang dapat membuatkan kita mengagumi kebesaranNya..kita dapat mengenal setiap inci tubuh manusia..mempelajari dan merawatkan..ilmu ini walau seberapa sukar dan payah masih boleh dipelajari dan diterokai tetapi keikhlasan hati dan keredhaan untuk menghadapi segalanya disepanjang perjalanan menjadi doktor ini yang harus ditanam dalam diri..apa yang penting,ikhlaskan diri dan perbetulkan niat sebelum mengambil keputusan untuk menjadi doktor..insyaAllah apabila langkah pertama bermula dengan redhaNya,Dia akan sentiasa bersama kita di saat jatuh dan bangun..
Open your heart and willing to learn…
Semoga sedikit perkongsian ni dapat membantu mereka yang mencari erti sebenar bergelar doktor..korang boleh jugak lawat saifulislam.com and search for ” Kenapa saya Mahu jadi Doktor”..
InsyaALlah pengalaman berharga sepanjang clinical akan dikongsikan dalam entry Sharing Moment..Wait for it ^_^
Doctor-to-be Kawtsar Ainol Azhar,
Makassar,Id
Blue steto | Comments (5)5 Responses to “Realiti”
Leave a Reply
congrat sist!!!
salam ‘alaik!
mabruk!
sonok jer bler akak kata dh abis clncl yr..
tp bler akak ckp ‘begin new life’ tu wat saya terpikir balik..
makin mncabar dn mnuntut pengorbanan yg lebih..
huhuhu..semoga ALLAH limpahkan kekuatan bwat akak..
so eager waiting ur ‘Sharing Moment’ !!
(^_^)
Eman : syukran ^_^
curious : syukran..mmg makin mencabar pun..sb tue jd x berapa seronok..tp Allah da pilih kita untuk berada kat jalan ni,so we’ve to keep moving..InsyaAllah Sharing Moment dalam proses ^_^ tunggu ek
Asm,
Alhamd syukur pada Allah.
1 st hurdle dah lepas
More hurdles to come.
Moga sabr dan tsabat menjadi teman
Ayh dan Umi
lama nyer nak tggu kak..
xder pown lagi…