Nilai sekeping not biru
Bismilllah…
” Doc, bisa minta tolong?” tanya seorang ibu berumur sekitar 40-an kpd saya..kat sini, clinical student pun sometym dah dipanggil dokter..ana yang sedang membaca status pasien ( medical record ) pun mengangkat kepala..” Kenapa ibu?” ana bertanya kembali kpd si ibu.. ” Ehmm..saya mau kembalikan infus ini..mau ditukar dgn ubat yg barusan di resep dokter tadi..” jawab ibu itu.. ” Ooo..anaknya ibu sudah tidak diinfuskah?”tanya ana kembali sambil berfikir..klo tak salah ana anak ibu ni admit sb diare..mmg klo ikut protokol, patient diare kena infus utk menjamin intake n balancekan cairan.. “Kemarin mau diinfus tapi tidak berhasil, jadi dokter bilang..ndak apa2 kalau tidak diinfus asalkan anaknya kuat minum” jawab si ibu lagi.. ” Dokter, ubatnya mahal..kerana itu saya mau tukarkan dengan ubat yg diresepkan tadi tp mbak yang di apotek ( farmasi ) bilang harus ada pengantar dari dokternya dulu..” tambah ibu itu lagi.. ” Sebentar ya ibu, temanku carikan dokternya untuk dibikin surat pengantarnya..” jawab ana..
“Kawtsar,dokter ade meeting lah dgn supervisor..aku tak beranilah nk masuk” kata teman senegara ku.. “Yeke?ehmm, kalau kt interna dulu biaselah buat surat pengantar utk kes cam nie..tp kat paed ni tak taulah prosedur cam ne..cam ne ek?” tanya ana lagi.. “Jap,aku tanye kat perawat” kata temanku lagi..tetibe ana terdengar ibu tue berbicara dgn suara teresak-esak dan mata yang merah..sebenarnya dari tadi lagi suare ibu tue agak teresak-esak tapi sekarang baru kelihatan air mata mengalir deras di pipinya serta esakan yang makin jelas.. “Dokter,saya orang susah..tidak punya wang utk beli ubat..kesian anakku dokter..”kata ibu itu dalam esak tangisnya.. “Dokter..tolonglah..” tambah ibu itu..ana terkedu..kesiannye ibu nih.. “Ibu,sabar ya..berapa harganya ubat anak ta’?”tanya ana.. “Hampir Rp 50 k dokter..tanggungan ku masih banyak dokter…” jawab si ibu dalam sedu sedannya..Hati ana tersentak..hampir air mata ini menitis sama..
![]()

Peluang untuk hidup di negara yang di banjiri dengan penduduk ini memberi ana seribu satu pelajaran…pengalaman yang tidak dapat ana kutip di negara ana sendiri..jurang antara mereka yang kaya dan miskin sangat ketara..persaingan utk mendapatkan sesuap nasi sangat sengit..di satu sudut kita dapat lihat rumah mewah tersergam indah lengkap dengan satpamnya ( jaga ).. di satu sudut lain pula kita dapat lihat rumah yang beratapkan kotak dan berdindingkan plastik..
Pengemis kanak-kanak tersebaran di setiap jalanan besar..dan setiap kali taxi or pete2 ( pengangkutan awam ) yang ana naiki berhenti di trafic light, anak-anak ni tidak jemu-jemu mendendangkan lagu mengikut irama mereka sendiri dengan niat untuk mendapat ganjaran atas hiburan percuma dari mereka..
Mereka berjuang untuk hidup..mereka berhempas pulas untuk hidup..harga minyak yang meningkat hampir saban tahun di Indonesia ini secara tidak langsung bakal meningkatkan harga barang mentah yang lain..ana juga terase akan kenaikan harga barang yang agak ‘melampau’ di Indonesia ini..a simple example adalah, harga pete2 dari my apartment to faculty waktu ana 1st year adalah rp500..waktu ana 2nd year, harga minyak naik jadi harga pete2 ke faculty turut naik menjadi rp1k..dan hal yang same berulang waktu ana 3rd year dan akhirnya harga pete2 dari my apartment ke faculty berubah menjadi rp1500k..kenaikan harga pete2 ni mungkin kelihatan agak kecil dan tidak terlalu berpengaruh kan??
Mungkin bagi kita yang menumpang hidup sebagai pelajar di bumi Makassar ini tidak terase akan kenaikan harga barang dan perubahan-perubahan ekonomi yang berlaku kerana Alhamdulillah most of us dibekalkan dengan ‘duit poket’ yang InsyaAllah mencukupi untuk perbelanjaan kita sehingga akhir bulan..tapi bagi mereka yang membina keluarga dan kehidupan disini, kenaikan harga barang ni amat bermakna..kerana itu kita sering terdengar mengenai demo di sana sini yang membantah hal ini…betapa peritnya untuk meneruskan kehidupan dengan keadaan yang makin menghimpit..
Ehmm…kenapa coretan ini ditulis??nak bincang pasal kenaikan harga barang ke?? ^_^
Jawapannya..
Ana bukan nk berbincang tentang kenaikan harga minyak ataupun barang..tapi ana nk mengajak diri ana dan kita semua memandang kehidupan ini dari perspektif mereka..sebagai contoh, kisah yang ana ceritakan di awal coretan ini..bagi ibu itu, sekeping not biru itu amat berharga bagi dirinya manakala bagi kita pula, tidak mustahil berkeping-keping not biru itu berjaya kita habiskan setiap kali ade SALE atau pun bile kita keluar shopping di mall..sekeping not biru bernilai Rp 50k itu mungkin tidak bererti sama sekali buat kita..
Kenapa nak pandang dari perspektif mereka yang kurang berkemampuan pulak??
Alhamdulilah, Allah mengurniakan kita nikmatNya yang dengan itu kita tidak merasai erti kesusahan seperti mereka..ana cuba mengajak kita semua memandang sisi kehidupan ini dari perseptif mereka supaya dapat ;
i-mendidik hati ini agar lebih bersyukur kepadaNya..
” Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya ( dengan bersyukur )” ~Ad-Dhuha:11~
InsyaAllah dengan memandang kesusahan yang dialami oleh orang lain bakal membuatkan diri kita bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita selama ini..nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita tidak terhitung banyaknya tetapi kita sering terlupa akan hakikat ini..InsyaAllah dengan sering meletakkan diri kita di tempat mereka, perasaan kehambaan itu akan bertambah dan diharapkan agar seiringan dengan itu rasa syukur juga akan bercambah..ameen
ii- mendidik diri untuk membantu mereka
” …Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan takwa..” ~Al-Maidah:2~
Apabila hati telah didik dengan rasa syukur insyaAllah akan terdetik rasa ingin menghulurkan bantuan kepada mereka..tidak sempurna iman seorang muslim itu selagi dia tidak menyintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri..semoga bantuan yang bakal kita hulurkan menjadi sebagian dari wasilah penyempurnaan iman kita..ameen

MOGA KITA MELIHAT DAN MENTAFSIR ERTI KEHIDUPAN INI DENGAN MATA HATI AGAR KEHIDUPAN INI BISA MEMBERI ERTI KEPADA SEBUAH PERJALANAN ABADI
……………………………………………………………………….
~ Coretan ini ditulis disela-sela kesibukan di bagian anak a.k.a paediatric bagi mengelakkan S.Y.I.F.A ini dari terus ‘bersawang’ ^_^
~ for my sister iman ainol yg bertanye bile klong dia nk update nih, alhamdulillah akhirnya ade gak mase utk menulis..so here’s da update sis ^_^
L.I.F.E | Comments (7)STRESS??
Artikel yang pernah dimuatkan dlm my old blog..terfikir utk di’share’kan disini ^_^
……………………………………………………………………
Bismillah..
” Ade anak kwn my mum yg tengah HO tetibe je amik cuti 3 bulan..she need a break sb dia kata she dont know wat has happen to herself..ade one tym tu tetibe je dia terdengar ade suare yg arahkan dia ” KILL THE BABY..KILL THE BABY..” tym tu dia mmg tgh dlm delivery room..Alhamdulillah dia tersedar tp suare tu tetap menganggu dia n arahkan dia buat yg things pelik-pelik..”
” As a third-year medical student, I was assigned to an obstetrics rotation off campus with a group of private physicians. They were notorious for pushing their medical students hard, and consequently I was dreading those 6 weeks. During the first half of the rotation, we were absolutely swamped. Every delivery room was always filled, and we always seemed to have a very long inpatient census to round on each morning. Added to this, it seemed as though I did nothing right. My attending would tear my notes to shreds as he critiqued them, I never seemed to answer any question correctly, and in surgery I was apparently incapable of holding a retractor.”

TEKANAN PERASAAN: Kombinasi gambar menunjukkan anggota Bomba dan Penyelamat cuba memujuk doktor di balkoni tingkat lima HSB dan akhirnya berjaya menyelamatkan doktor berkenaan ketika leka berbual di telefon.
………………………………………………………………………..
” Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, Dan Kami tinggikan bagimu sebutan ( nama )mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai ( dari sesuatu urusan ), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh ( urusan ) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” ~Al-Syarh : 1-8~
Ehmm..sejak kebelakangan ni, ana dihidangkan dengan story about doctor yang STRESS..STRESS akibat bebanan kerja yang tak pernah berakhir..STRESS dengan kehidupan yang seakan makin menghimpit..STRESS dengan orang sekeliling yang tak pernah cuba memahami..STRESS dengan itu..STRESS dengan ini..
” Tuelah..sape suruh jadi doctor..kan dah hidup dah x mcm org lain”
” Dah tau belajar medic tu susah n bile dah kerja lg bertambah susah..nk jugak jadi doktor..tuelah padahnye..”
Ehmm..mungkin itu yg lahir di fikiran bile mendengar berita doktor yg msh muda mengugut mau bunuh diri seperti yg terpapar dlm pic di atas..masalah peribadi yang menghantui serta masalah kerja yang sentiase menyusahkan menyebabkan doktor tu amik jalan penyelesaian yg dirasakn amat mudah..
Ana akui..waktu clinical ni pun dah terase tempias STRESS ni..bile jejakn kaki kt hospital je, dah terbayang tanggungjawab yg menanti..dah terbayang wajah-wajah resident, supervisor n nurse yang beraneka ragam n kerenahnye..dah terbayang hari yang penuh busy dan yang paling tak best sekali bile name ade dlm list yg on call hari nih..x dpt lah tidur lena mlm ni..huhu..
Memang klo nk difikirkan..semua tue boleh menimbulkan STRESS..sering juga ana dan sahabat2 terfikir, klo sekarang ni pun mase nk uruskan diri sendiri pun x cukup..camne lah nnt klo dah berkeluarga..pasti bebanan makin bertambah..tanggungjawab makin berat dan pastilah makin STRESS jadinya..
TETAPI…seperti firman ALLAH diatas..DIA telah menjanjikan “ Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan ” Janji ALLAH itu adalah pasti dan ALLAH juga tidak akan sesekali membebani sesorang sekiranya tidak sesuai dengan kemampuanny..Ujian ini tidak akan hadir sekiranya ALLAH merasakan kita tidak mampu memghadapinya..Ujian ini tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH kepada hambaNya..Jadi, bergembiralah dengan ujian ni sahabatku ^_^
Ape yang penting adalah letakkan priority dalam hidup kita ni..da important one comes first..bile melangkahkan kaki menuju ke hospital, letakkn aim dan target kita hari ni..jgnlah terlalu realistik.. letakkan aim yg kita rasakn bersesuaian dan mampu kita capai..berikan penghargaan pada diri kita sekiranya aim yang diletakkan telah berjaya dicapai..^_^
Jangan rasakan clinical dan on call sbg satu batu besar yg menghimpit tetapi rasakan keduanya sebagai satu ibadah yg pada masa yg sama bakal mendekatkan kita dengan ALLAH..setiap pasient yang di visit, niatkanlah sebagai suatu ziarah dan jangan lupe hadiahkan sekalung doa kpd mereka..hadiahkan juga senyum ^_^ yang ikhlas dr hati kpd mereka .. dan yg paling penting sekali adalah, mulakanlah hari dengan memperbaharui keikhlasan diri agr kita beroleh kekuatan utk mengharungi segala cabaran yang mendatang..insyaAllah, naungan Rahmat dan Kasih SayangNya akan sentiase memayungi hambaNya yang menyerahkan diri kepadaNya..
InsyaAllah..senyuman yang terukir melakarkan hati yang tidak lagi berkeluh kesah atas ujian kesibukan yang ‘dihadiahkan’ ini..dan InsyaAllah, STRESS juga akan tinggal kenangan akhirnya ^_^
………………………………………………………………………
~ Buat sahabat2 seperjuangan di medan ini..REMEMBER THAT, OUR UMMAH NEED US!!!Teruskan melangkah dan jangan berpaling lagi..Perjalanan ini masih jauh..
L.I.F.E | Comment (0)